ASSALAMMUALAIKUM..

DALAM KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI LEBIH BAIKLAH KITA HIDUP SECARA BERSERDERHANA. JANGAN TERLALU MENGEJAR MASAMU DENGAN MENCARI HARTA DUNIA SEHINGGA LUPA HARTAMU YANG PALING BERNILAI DENGAN MENJAGA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANGI. HARGAI MASA,WAKTU DAN SAAT BERSAMA YANG TERSAYANG KERANA KENANGAN TIDAK DAPAT DIULANG KEMBALI TETAPI MEMORI INDAH YANG KITA LUANGKAN PASTI BERSEMADI DI MINDA YANG TERSAYANG WALAU DI MANA MEREKA BERADA.


Kenangan Ketika Danish Menghidap Meningitis

Danish seorang anak yang sangat manja,comel dan very aktif dan Dia menyimpan seribu 1 kenangan yang tak akan kami sekeluarga lupakan peristiwa sewaktu Danish sakit penghujung tahun 2011 masih segar dalam ingatanku,Dia punya semangat yang kuat dalam menghadapi proses penyembuhannya dan alhamdullilaah Dia sekarang dah sihat sepenuhnya,hanya yang memahami akan mengerti apa yang kurasakan saat itu...dan hanya yang pernah mengalami tahu apa yang ku rasa.Tentang Danish dia sangat aktif dan suka ketawa,dari awal kelahirannya memang tak ada sebarang masalah Dia aktif dan suka main.Semasa danish baru lahir,rambut danish lebat dan berwarna hitam sama seperti kakaknya yummie,tetapi ketika Dia sakit rambutnya gugur maybe ubat yang Dia kena makan setiap hari dan bila Dia beransur sihat rambutnya makin panjang dan brwarna keperangan iras mat salleh. Nak gunting rambutnya pun memang kami tak terfikir sebab kami fokus dengan kesihatannya dan temujanjinya setiap bulan memang sibuk memikirkannya....alhamdullillah...walaupun sukar melupakannya tetapi kami sekeluarga sangat bersyukurlah kepada Allah S.W.T. kerana memberi kami peluang untuk bersamanya dan aku tak sanggup melaluinya lagi kerna aku sangat menyayangi anak-anakku jadi jangan hairan kenapa aku dari dulu sampai sekarang masih di sisi anak-anakku kerna mereka adalah diriku.
13/11/2011 hari ini kelahirannya di dunia
Hari berganti hari dan time usianya menjangkau 2 bulan Danish di sahkan mengidap meningitis(jangkitan kuman yang melibatkan otak atau selaputnya) nak info tentang penyakit Meningitis dan gejalanya bolehlah klik di sini http://mylife-yummiedja.blogspot.com/2015/05/danish-vs-penyakit-menigites.html ,bermulalah detik hitam yang kami sekeluarga tak akan pernah lupakannya.Pada malam tu Danish menangis tidak seperti kebiasaannya menangis kerana dia sukar mahu diam dan terus-terusan menangis dan sukar tidur seperti ada sesuatu yang menganggu tidurnya,aku dah pastikan malam tu Danish tidak DEMAM dan itu membuat aku tidak terlalu memikirkannya kerana ingat dia cuma meragam,esok paginya Danish bangun lambat dan aku mengendongnya dan membangunkankannya untuk mandi,Dia kelihatan lemah maybe kurang tidur semalam dan masa tu Danish memang tidak DEMAM.Selepas mandi pakai baju Danish tiba-tiba kaku dalam peganganku,badannya kejang dan matanya ke atas dan masa tu juga Danish tidak DEMAM.Kami dalam keadaan kelam kabut bawa Danish ke hospital labuan,dalam perjalanan Danish tiba-tiba badannya sangat2 panas dan dia masih dalam keadaan sawan ,Danish di tahan di wad selama 4 hari 3 malam di hospital labuan,tetapi Dia kelihatan bertambah teruk kerana tidak mahu menyusu dan sering menangis,demamnya juga tinggi dan sawannya sering berulang, warna kulitnya juga lain seperti kebiruan dan aku sudah suarakan kerisauan aku kepada doctor bertugas yang berganti-ganti tentang keadaan Danish dan bintik-bintik merah yang kelihatan sangat jelas di badannya seperti ruam tetapi aku yakin bukan ruam tapi doctor itu mengatakan ianya cumalah ruam, dan sepanjang berada di sana tiada air di masukkan dibadannya padahal dia tidak mahu menyusu, bagiku perkerjaan seorang doctor sangat mulia kerana mampu menyelamatkan nyawa orang lain kerana itu  aku mengharafkan seorang insan bernama doctor untuk memahami perasaanku, bila kita memilih untuk menjadi seorang doctor maka berusahalah ke arah itu,sintomp penyakit meningitis jelas kelihatan kalaulah seseorang itu bergelar doctor.

Sejujurnya aku tak rasa selamat berada di sana dan ingin cepat keluar atau lari saja dari sana kerana aku dan suami ingin pergi ke klinik ong.Sebenarnya semasa kejadian kami pergi ke klinik ong tetapi tutup terpaksa bergegas ke hospita.Aku sangat gembira dapat keluar dari sana dan kami terus membawa Danish ke klinik ong,Doctor ong sangat risau melihat di atas kepala Danish(Umbun kepala baby yang di atas kepala)kelihatan naik seperti membengak juga tompok2 merah pada badannya,doctor ong terus suntik antibiotik pada danish dan menyuruh kami cepat bawa ke kota kinabalu untuk jumpa doctor pakar kerana kat hosptal labuan tiada doctor pakar,doctor ong syak danish kena penyakir meningitis (meningococcal) dan perlu rawatan segera dan hari tu juga doctor ong suruh jalan pergi SMC. Kami mendapat surat kebenaran perlepasan kecemasan dari sebuah klinik, di labuan 1 klinik saja yang membolehkan kita berlepas menaiki penerbangan dengan cepat setelah mendapat surat dan sain dari doctor berkenaan tetapi penerbangan malam tu penuh dan hanya danish sahaja yang boleh ikut ditemani pemugari yang akan menjaga danish, kami tidak setuju, kalau naik kereta pula memakan masa yang lama dengan keadaan Danish yang demam sangat membahayakan tambahan pulak sudah malam, inilah risiko yang orang di luar sana tidak tahu, di labuan masa tu tiada doctor pakar tidak tahulah sekarang...kalau ada doctor pakar baguslah tidak perlu pergi kota kinabalu dan untuk pergi kota kinabalu ada 2 jalan saja pertama kapal terbang kedua feri itupun selepas menaiki feri ataupun bot pandu kereta 3 atau 2 jam ikut keadaan di jalan raya jem ke tak.doctor ong menyuruh kami pergi ke hospital labuan dengan membawa surat dari doctor ong untuk menghantar Danish ke hospital likas mengunakan ambulans. Setiba saja sampai di kecemasan aku tidak dapat menahan emosi dan marah kerana aku tidak ingin membuang masaku dengan jururawat aku mahukan doctor, surat kuberikan kepada jururawat dan doctor sampai dengan cepat dan terus mencek danish siap ambil gambar tompok2 di badan danish, aku membiarkan sahaja dan cuba bertenang setelah di nasihatkan encik suami untuk mengawal perasaanku. Terpaksa bermalam di hospital labuan kerana sudah malam, aku langsung tidak tidur kerana apa....kerana perasaanku sudah hancur,aku menangis ketakutan tetapi air mataku tahan dari keluar semuanya ku tahan kerana hatiku berkata sabar, dalam hati berdoa semoga Allah S.W.T.mendergar kesakitan yang kurasai. Aku percaya Allah S.W.T. mendergar ceritaku, semua aku ceritakan kepadanya, kesedihanku aku tak share dengan siapa2 walaupun dengan keluarga kerana aku memang macam tu...suka pendam saja.

Esok pagi ambulans membawa aku dan Danish menaiki feri dan menempuh perjalanan ke hospital likas, Debaran dan jantungku dap dup dap dup seperti lajunya ambulans. Jururawat yang menemaniku dari labuan menghantarku ke wad dan dia memberitahu untuk balik hari tu juga dan terpaksa bergegas supaya boleh ikut feri petang tu juga. Aku dan danish di masukkan di wad  1melur bilik 2, dan jururawat datang ingin mengambil danish untuk di timbang berat tapi aku tak mahu, emosiku terganggu kebetulan encik suami tiada di situ terpaksa doctor datang menenangkan aku, aku masih ingat masa tu aku dah tak boleh tahan..aku menangis dan menceritakan semua perasaanku dan kekecewaanku terhadap hospital itu. doctor muda itu memegang erat tanganku dan bahuku serta memberiku tisu, dan baru aku sedar kami dikelilingi banyak doctor dalam 7 orang,tetapi baru aku faham dan tahu adanya doctor pelatih kerana mereka semua adalah doctor pelatih. Akhirnya aku mengerti bahawa di hospital itu memang tiada doctor pakar. Bila nampak saja wajah encik suami emosiku kembali tenang dan aku bertanya itu dan ini dan kami juga di tanya itu dan ini, kami di berikan risalah tentang sawan dan cara berhadapan dengan pesakit sawan. Doctor muda itu memberitahu kepada kami untuk melakukan lumbar puncture (LP) untuk mendapatkan cecair saraf dari selaput otaknya, kami terpaksa ambil risiko setelah menelifon dan mendapat nasihat dari doctor Tee di klinik ong kebetulan doctor Ong tiada tetapi dia doctor ong ada menelifon balik kami dan bercakap dengan encik suami, Doctor ong memberitahu kami semuanya dengan jelas dan terperinci, beberapa kali dia ada menelifon bertanyakan danish sepanjang danish di tahan di hospital likas. Terima kasih banyak dialah penyelamat kami kalau kami lambat bertindak tidak tahu macam mana keadaan danish,nasiblah doctor muda yang akan melakukan prosedur lumbur puncture itu begitu memahami  perasaan kami dan setelah berbincang serta meyakinkan kami dengan menjelaskan segala persoalan tentang penyakit danish. akhirnya dengan perasaan berat hati kami membenarkannya mengambil air tulang belakang atau ‘lumbar puncture’ (LP)air tulang belakangnya pun di ambil hari tu juga walaupun kami baru sampai dan diberi masa untuk berfikir untuk membenarkan doctor mengambil air tulang belakang kerana  keadaan Danish memerlukan rawatan dengan segera untuk mengesan penyakitnya, sejujurnya aku tidak mahu tulang belakang danish ditebuk.Kami berserah pada Allah S.W.T. dan berdoa semoga berjalan dengan lanjar. Encik suami menandatangani surat keizinan dengan perasaan bercampur baur, kami tidak tahu adakah tindakan kami ini betul dan berbaloi untuk danish, kerana keluargaku dan keluarga encik suami melarang keras kami melakukannya kununnya banyak cerita buruk bila melakukan lumbar puncture.Gila betul bila memikirkannya encik suami suruh aku bertawakal dan berserah sahaja kerana kami berusaha membuat yang terbaik untuk anak kami.

Selepas mengambil air tulang belakang danish

Seperti ada aura baik di sekeliling kami walaupun keadaan sangat merisaukan, jumpa doctor yang baik di hospital likas dan doctor ong di labuan yang telefon kami bertanyakan keadaan danish, jutaan terima kasih kepada semua kerana ambil tahu dan ambil berat keadaan danish, alhamdullilah...Kami di pindahkan ke bilik 6 ya Allah sangat selesa kerana hanya kami sekeluarga di bilik itu, bilik itu adalah bilik kurantin tidak dibenarkan sesiapa masuk, dapatlah encik suami dan yummie tidur disitu. Seminggu kemudian kami pindah bilik lagi so Encik suami dan yummie terpaksa tidur di hotel, pastu yummie ikut tidur di wad walaupun banyak orang sakit di dalam wad tu kami tiada pilihan lain dan alhamdullilah juga sepanjang yummie berada di wad yummie tak pernah sakit, encik suami tidur dalam kereta dan tak pernah meninggalkan kami sepanjang danish di tahan di wad,1 kali saja dia balik labuan selebihnya bersama kami.Benar kata doctor ong Danish mengidap meningitis dan perlukan antibiotik secara berterusan tanpa stop. Selain UJIAN DARAH di ambil ,X-RAY,MRI,CT SCAN,PENGAWALAN SUHU BADAN,SAWAN DAN SEBAGAINYA. Pendekkan cerita Danish perlu buat pembedahan di atas kepalanya untuk keluarkan cecair berlebihan kerana terdapat cecair di selaput otaknya dan demamnya makin tinggi,sepanjang dia di tahan di wad Danish jarang pakai baju kerana demamnya tak pernah turun kena lap-lap badannya.kami tak setuju dengan pembedahan kerana faktor risiko yang tinggi dan kami teruskan saja antibiotik.Danish terpaksa continue 2 jenis ubat antibiotik setiap hari dan sampai 1 tahap danish kena jarum terus antibiotik di  badannya setiap hari kerana urat di tangan dan kakinya dah tak boleh sambung guna mesin ubat.Kaki dan tangannya bengkak dan lebam-lebam kerana hampir setiap hari ambil darah dan di jarum ubat antibiotik,keperitan dan kesakitan Danish turut aku rasai kerana setiap kali Danish dijarum dia berada dipangguanku,air matanya sudah tiada walaupun kedengaran suara tangisannya.Sakit betul hatiku melihatnya...kalau boleh biarlah aku yang ambil semua kesakitannya..kupegang tangannya dan kutatap matanya agar danish terus kuat dan doaku sentiasa menemaninya.





pic di atas adalah alat untuk sambung ubat masuk kat badan bila urat-urat tangan dan kaki dah tak boleh di jarum.Danish disyorkan pakai kat leher atau bahagian kepala kerana urat kat anggota badannya dah tak boleh masuk jarum untuk suntik antibiotik,tapi kami tak setuju.So kena jarum teruslah kat badan Danish..Sabar sajalah sayang Allah sentiasa mengasihani hambanya.
Aku sentiasa berdoa dalam hati semoga semuanya berakhir dengan cepat dan dia sihat seperti anak-anak lain,aku sebenarnya tak sanggup tengok Danish disakiti,time ambil darah dan masa pasang jarum untuk antibiotik.Akan tetapi kekuatan yang aku dapat adalah dari semangat Danish yang berjuang untuk sembuh.Doctor cakap dia punya semangat yang kuat dan sentiasa ceria walaupun dalam kesakitan.Mata Danish seperti memberitahuku supaya bersabar,Dia sentiasa memberi aku kekuatan sepanjang menemaninya di wad,sejujurnya aku tak mahu kehilangannya...tekak terasa pahit untuk telan sesuatu walaupun air liur.




Bila diingat balik perassaanku melihat danish berjuang melawan sakit dan demamnya yang tak pernah turun boleh gila aku dibuatnya apatah lagi melihat anak dibius dan pengsan dalam sekelip mata untuk di bawa ke hospital SMC untuk ct scan. Ketika aku tandatangan surat untuk danish menjalani ct scan hatiku sangat berdebar dan cemas bila terbaca keberangkalian terjadi kesan2 yang tertulis dikertas,takut sangat...sepanjang danish di tahan di wad 2 kali danish di bawa ambulans ke hospital SMC untuk melakukan CT SCAN dan 2 kali juga aku terpaksa menahan perasaan.Sampai sana Danish di ikat kemas dan badannya ditutup dengan pembalut yang tebal dan bila lampu dah menyala aku dan petugas bilik bergegas keluar,tinggallah danish seorang diri di sana. Selain itu salah 1 Pengalaman pahit yang aku,suami dan yummie tak dapat lupakan bila kami hampir kehilangannya ketika di hospital labuan untuk sambung ubat setelah balik dari hospital likas,setiap hari kami perlu datang pergi wad hospital labuan untuk suntik antibiotik selama seminggu,masa kejadian adalah hari ke 5 sebelum 2 lagi suntikan diperlukan.Danish tidak di tahan di wad kerana alasan doctor tu bila dia di simpan di wad biasa takut dia cepat kena jangkitan penyakit dari pesakit lain, alasan itu kami boleh terima tetapi Doctor tu suruh kami pakai bilik yang berbayar, kami baru datang tengah malam naik kereta pastu naik feri terus pergi hospital untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik, kami rehatpun tiada..penat sangat...3 bulan d kk semua perlukan duit....doctor tu tak membantu langsung cuma menyusahkan ja dah lah masa tu kami datang lewat malam kerana baru sampai dari kk ke labuan,layanan macam entahlah..susah nak cakap pendekkan cereta malas nak sakit hati kami bawa ja Danish tiap-tiap hari untuk di suntik antibiotik, biarlah inda ditahan sebab mahal sangat bilik yg dsyorkan tu...kami bkn org kaya doc...dan sambung cerita hari ke 5 dia di suntik antibiotik dalam masa yang sama di ambil darah untuk di cek di makmal Danish tiba-tiba bertukar warna dan badannya sangat sejuk,kami memanggilnya tetapi tiada sahutan dan tiada gerakan.
Nurse masa tu pun panik panggil doctor suruh cek..nak panggil doctor pun guna telifon bukan doctor tu ada kat sana.Kami masa tu memang nangis dan aku hampir gila.Suami telifon ahli keluarga terdekat memberitahu keadaan Danish, Dia keluar dalam keaadan hidung di cucuk dengan bantuan oksigen dan tangannya berbalut..kelihatan sangat lemah dan ada kesan darah di hidungnya..luluh hatiku lihat danish begitu. Terasa dunia gelap...sangat lemah dan bahagiaan dadanya dilekat wayar untuk tengok gerakan jantungnya, pendekkan cerita tangannya yang berbalut tu bila aku buka nampak tangan danish hitam dan keras macam batu bila jatuh kesemen compom pecah. Aku memanggil nurse dan membagitahu tangan danish yang bengkak maybe kamu balut terlalu kuat, tiada respon bersalah,teman sebelah katilku menolongku melap tangan Danish pakai tuala suam-suam panas.Aku tak rasa selamat berada di sana masa tu kalau boleh malam tu juga aku nak pergi hospital likas tunggu esok macam tunggu kiamat.Esok paginya ambulans bawa pergi hospital likas.Syukur alhamdullilah aku tak sangup berada di sana biarlah kami di tahan kat hosptal likas selama mana pun dari tempat itu kerana pengalaman lepas sebelum Danish disahkan menegitis dia masuk hospital itu selama 4 hari 3 malam dan tiada tindakan apa-apa walaupun sintom penyakitnya memang jelas jika dia betul Doctor tak apa kami dah maafkan yang dapat kesan penyakit Danish adalah klinik swasta Doctor Ong,keluar ja dari tempat tu terus pergi klinik ong.
Dalam tempoh penyembuhannya Danish mengalami keguguran rambut maybe dari ubat yang perlu dimakan setiap hari,bajunya sering ada rambutnya dan bila mandi akan ada banyak rambut gugur..sedih tengok tapi nak buat macam mana,redha ja dengan keadaan yang penting Dia membesar tanpa sebarang masalah.Sebagai tanda sokongan dan nak sama macam Danish,aku dan suami turut bersama mengunting rambut kami,suami membotakkan kepalanya dan aku potong pendek rambutku,asalnya kami berdua berambut panjang..suami paras bahu dan aku paras pinggang,aku dan suami suka rambut panjang.Tetapi kami gembira melakukannya.
Dalam tempoh penyembuhan Danish suamiku dan aku kehilangan berat badan secara mendadak kerana kami tak selera nak makan tapi yummie tetap terjaga,perhatian untuknya sentiasa ada,semasa Danish di tahan di wad yummie sentiasa bersamaku,aku sangat menyayangi anak-anakku,bagiku mereka adalah aku.Yummie sangat menyayangi adiknya Danish dan dia sangat sedih dan marah bila adiknya kena ambil darah atau dijarum.Kadang-kadang dia tutup mukanya kerana tak sanggup tengok adiknya dijarum.
Berbalik pada cerita danish,ramai yang bertanya tentang anakku sidanish ni terutamanya tentang kesihatannya.Alhamdullillah syukur pada Allah S.W.T. dia sihat dan aktif,terima kasih banyak-banyak terutamanya kepada familyku dan family suamiku,arwah mama niniku,makcikku,saudara maraku,kawan-kawanku,kerana datang melawat dan bertanya khabar tentang Danish,terima kasih banyak-banyak kerana ambil berat dan prihatin tentang Danish,kalian semua secara langsung memberikan kami sokongan juga teman dalam wad hospital likas,tak lupa juga pada orang yang kami tak kenali terima kasih kerana mendoakan danish dan simpati pada keadaan anak kami,doctor pakar hospital likas,doctor pelatih dan nurse hospital likas yang bertugas merawat Danish semasa di wad terima kasih banyak-banyak.
Walaupun Danish masih ada temujanji dengan doktor pakar pediatrik,tetapi ubat sawan dan ubat tambahan sudah lama di hentikan dan sehingga hari ini Danish tidak pernah sawan.Kami tahu Dia dah sihat dan tiada sebarang masalah yang penting kita janganlah cepat berputus asa dan fikir yang negetif, Danish seorang yang kuat dan punya semangat yang kuat itu juga yang mempengaruhinya untuk sihat, kita kena positif dalam menjalani kehidupan yang sentiasa penuh dengan dugaan dan cabaran baru hidup akan tenang dan sihat,banyak yang telah aku pelajari dari pengalaman ini walaupun masih trauma aku akan tetap tersenyum dan cuba teruskan kehidupan be positif ok. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang maha berkuasa menyembuhkan penyakit yang kita sedang alami, untuk itu kita perlu mendekatkan diri kepada-Nya dengan berbuat baik,berbanyakkan pahala,bersedekah dan memohon keampunan serta berdoalah supaya penyakit kita dapat disembuhkan. Walaupun sehebat mana ubat atau kepakaran doctor yang merawat tetapi ketentuan dan suratan kita kena terima dengan redha, anggaplah semua ini adalah ujian daripada Alah S.W.T yang ingin menduga para hambanya dan semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingatlah bahawa Allah S.W.T itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Disamping itu sebagai umat islam kita disuruh supaya berikhtiar untuk mencari penawar bagi mengubati penyakit.Semoga dia membesar dengan sempurna amin...amin...amin...Doakan danish yea.Penghujung tahun 2011 sangat mendebarkan, walau masa berlalu kenangan yang menyakitkan ini takkan pernah kami lupakan, terima kasih dan syukur pada ALLAH S.W.T. kerana memberi kami peluang dan keajaiban untuk Danish dan kami sekeluarga.