ASSALAMMUALAIKUM..

DALAM KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI LEBIH BAIKLAH KITA HIDUP SECARA BERSERDERHANA. JANGAN TERLALU MENGEJAR MASAMU DENGAN MENCARI HARTA DUNIA SEHINGGA LUPA HARTAMU YANG PALING BERNILAI DENGAN MENJAGA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANGI. HARGAI MASA,WAKTU DAN SAAT BERSAMA YANG TERSAYANG KERANA KENANGAN TIDAK DAPAT DIULANG KEMBALI TETAPI MEMORI INDAH YANG KITA LUANGKAN PASTI BERSEMADI DI MINDA YANG TERSAYANG WALAU DI MANA MEREKA BERADA.


Kenangan Kali Pertama Sekolahkan Yummie

Bila di imbas balik kenangan sewaktu Yummie pergi sekolah kali pertama alhamdulillah my sweet lovely daughter,Yummie Lyana tidak menangis firts day menjejaki kaki ke sekolah Tadika Chung Hwa.Yummie sangat excited pergi sekolah,awal2 pagi lagi dia bangun dan begitu teruja nak pergi sekolah .Dia kelihatan tenang duduk di mejanya,aku pulak gelisah dan sedih nak tinggalkan dia kerana kami tak pernah berpisah untuk tempoh yang lama.
Aku melihat hampir keseluruhan dalam kelasnya menangis dan sedang di pujuk oleh kedua orang tuanya,hiba pulak hati aku melihat keadaan sekelilingku masa tu.Aku ni penyedih orangnya so benda2 macam ni menggangu emosi aku kerana aku turut sedih walaupun Yummie masa tu tak nangis.Aku membaginya mainan dan dia tersenyum sambil leka bermain dan aku memberitahunya untuk balik kerana adiknya nak tidur,Yummie mengangguk dan dia memegang mainan.Aku melihatnya di tingkap berat rasa hati nak melangkah pergi tinggalkan dia,di kereta aku tak tahan dan nangis.Suami memujukku dia cakap Yummie akan ok di sekolah jangan risau,suami cakap masa tu kat aku yang Yummie tak nangis mammy dia pulak nangis buat aku tersenyum dalam kesedihan.
Tengahari kami menjemputnya balik sekolah,dia kelihatan riang kerana sudah mempunyai kawan di sebelah mejanya.Dia memberitahuku yang dia bermain mainan yang ada di sekolah,dan dia mempunyai kawan yang bermain bersamanya.Yummie ni seorang yang sangat banyak mulutnya bila dah bercerita susah nak stop boleh tertidur aku di buatnya.Dari ambil dia sekolah hingga malam tak habis2 cerita pasal hal sekolah hahahaha.
Yummie sangat suka pergi sekolah,bila sabtu dan ahad dia akan bangun awal walaupun sudah di bagitahu esok tak sekolah.Bila dia terpaksa cuti kerana sakit dia sedih dan akan tanya apa yang kawan2 buat kat sekolah,maybe kat sekolah ramai kawan2 dan seronak bermain bersama kawan2nya.Awal persekolahan memang tak belajar,masih dalam keadaan santai dan bermain tu yang buat yummie seronok.