Pages

Hari Ibu

Hari Ibu disambut pada minggu kedua bulan mei, aku terpikir pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan Hari Ibu kerana asal usul sejarah Hari Ibu itu tetapi aku juga kurang arif dan terpulang kepada anda semua ingin menyambutnya atau tidak kerana sejujurnya aku tidak layak bercakap mengenai hukum sambutan Hari Ibu.
Pada pendapat peribadi aku Hari Ibu bukanlah jatuh pada bulan mei sahaja tetapi perlu diingati dan diraikan oleh anaknya dan suaminya pada bila-bila masa sahaja,tidak perlulah tunggu bulan mei baru nak berterima kasih,bertanya khabar,memberi hadiah dan sebagainya.Kerana aku juga seorang yang bergelar anak dan bila ada kelapangan aku akan datang melawat,membawakan barang dapur,bawa jalan-jalan dan berikan hadiah. Aku tidak berkerja dan suamilah yang menolong membantu keluarga aku,bila ada rezeki lebih kami akan berkongsi pada kedua orang tua kami dan aku sangat bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memberi aku suami yang sangat pemurah dan baik hati pada keluarga aku.Kehilangan mak mertua aku kerana penyakit strok meninggalkan kesan yang mendalam pada suami aku,disebabkan itu aku memahami perasaan orang yang sudah tiada ibu dan ayah,memang menyedihkan semoga kalian yang sudah tiada ibu dan bapa tabah menghadapinya dan doakanlah mereka supaya di tempatkan di kalangan orang yang beriman amin...AL FATIHAH untuk mama mertuaku ROSNI BINTI SALLEH.
Begitu hebat kasih ibu melebihi dirinya sendiri,aku akui kebenarannya kerana aku juga seorang ibu yang mendahului anak-anak aku barulah diri aku, aku akan pastikan anak aku dalam keadaan sejahtera.Keinsafan datang bila dah merasa menjadi seorang ibu yang penuh dengan kesabaran,pengorbanan,mendidik dan membesarkan kita.Mengalir deras air mataku..aku seorang yang sukar untuk meluahkan perasaanku..betapa aku sangat menyayangi kedua ibu dan bapaku sepanjang hayatku doaku untuk kalian sebelum tidur tidak pernah tinggal semoga kalian diampunkan dosa,diberikan kesihatan dan rezeki amin..amin..amin..pesanku untuk semua hargailah pengorbanan dan jasa mereka kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa membawa bahagia,kita sebagai anak janganlah terlalu ambil hati dengan perangai orang tua kita tiada yang cukup sempurna sikapnya di bandingkan dengan tanggungjawab yang dipikul oleh orang tua kita dalam membesarkan kita.
Sebenarnya aku dan suami tidak pernah lupa tarikh istemewa cuma untuk hari Ibu dan Bapa kami tak kisah sangat cuma yummie saja bersemangat nak wish dan nak raikan,anak aku yummie ni dia jenis yang sangat bersemangat hehe..tapi time sambut aku akan pastikan sambut secara sederhana sahaja dan tidak membazir yang penting masih berlandaskan dengan agama islam.Aku faham anak aku yummie dia cuba untuk mengembirakan hati ibunya dan bapanya kerana menjaga mereka,dia akan berterima kasih,mennyanyi dan memberi kami sesuatu hasil tangannya.Alhamdullillah anak kami tahu cara menghargai kami semoga menjadi contoh pada adik-adiknya.Aku cakap dengan yummie sebagai seorang anak yang baik apa yang di mahukan oleh kedua orang tuanya adalah doa dari anak-anak yang soleh iaitu selalu mendoakan kedua orang tuanya seperti mana aku mendoakan kedua orang tuaku.


Thailand memang jago bikin iklan2 beginian. Salut.

Posted by Budi Handrianto on Wednesday, 19 August 2015

No comments:

Post a Comment