ASSALAMMUALAIKUM..

DALAM KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI LEBIH BAIKLAH KITA HIDUP SECARA BERSERDERHANA. JANGAN TERLALU MENGEJAR MASAMU DENGAN MENCARI HARTA DUNIA SEHINGGA LUPA HARTAMU YANG PALING BERNILAI DENGAN MENJAGA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANGI. HARGAI MASA,WAKTU DAN SAAT BERSAMA YANG TERSAYANG KERANA KENANGAN TIDAK DAPAT DIULANG KEMBALI TETAPI MEMORI INDAH YANG KITA LUANGKAN PASTI BERSEMADI DI MINDA YANG TERSAYANG WALAU DI MANA MEREKA BERADA.


ALHAMDULLILLAH

   Hari ni yummie dapat hadiah dari pihak sekolah kerana mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan berbahasa mandarin...yummie sangat happy dengan apa yang berlaku kerana yummie mengatakan kepadaku ketika dia berada di atas pentas kakinya mengeletar dan takut tetapi dia nekad menghabiskan sampai selesai dan buat yang terbaik, kerana kawan-kawannya dan cikgunya turut memberi sokongan kepadanya...tahniah sayang..mammy bangga dengan yummie dan pencapaian yummie dalam pelajaran juga walaupun tidak cemerlang mana tapi yummie dah buat dengan bersungguh-sungguh dan ada banyak peningkatan dalam pelajaran yummie tanpa bantuan dari sesiapa dalam bahasa cina kerana hampir kesemua mata pelajaran mengunakan bahasa cina dan yummie berjaya melalui dan boleh mengikutinya...cikgu yumi juga cakap pelajaran yumi banyak peningkatan dan sangat memberangsangkan..terima kasih mammy ucapkan kepada yummie kerana telah belajar rajin-rajin dan sentiasa berusaha...mammy tahu yumi selalu akan buat yang terbaik..dan yumi juga mendapat tempat ke 3 dalam lumba lari..tahniah yumi..belajar dari setiap pengalaman dan minat sendiri akan menjadikan yumi hebat, sayang yummie dan danish. Kalau mammy berada di tempat yumi, rasanya mammy tak boleh lawan yumi..anak mammy hebat...bagiku anakku hebat dalam menjalani hidupnya dan yang penting yumi punya sikap yang baik..hebatnya dirinya bila dia gembira dengan dirinya sendiri.










  Kepada pembaca terus sokong anak-anak anda dalam kehidupan mereka dan jangan lupa ajari juga berbuatan yang baik dalam kehidupan seharian kerana mereka adalah harta yang paling bernilai. Dan nasihat aku jangan pernah buat perbandingan antara anak kita dengan anak orang lain ok nanti akan hilang senyuman di wajah mereka...peluklah mereka seperti kita memeluk diri sendiri..