Pages

TAHUN NI DANISH TIDAK SEKOLAH WALAUPUN SUDAH BERDAFTAR

Aku tak tahu nak mula dari mana, adakah orang di luar sana faham apa yang sedang berlaku? adakah orang di luar sana juga sedang mengalami perkara yang sama? adakah ini semua dah tertulis tetapi ianya tidak seperti yang kita sudah rancang? terima sajalah dengan redha agar di hati merasa tenang peduli apa tanggapan orang lain, cakaplah apa yang durang mahu cakap kerna yang melalui adalah kami kedua orang tuanya, orang lain tidak berada di situasi kami..apa yang orang lain fikir tidak semudah yang di sangka..kami kedua orang tuanya juga ingin bercakap seperti orang lain cakap, sayang kalau tidak sekolahkan anak, bayar sajalah yang penting dia sekolah, kamu tidak kesian kah dia tidak sekolah..alahai cepatnya memberi hukuman...ALLAH S.W.T. sajalah tempat kami mengadu dan tahu perasaan sebenar kami orang lain tahu cakap sahaja tetapi tidak tahu masalah sebenar kami. Bukannya danish tidak disekolahkan langsung, tahun depankan masih ada..umurnya pun masih 4 tahun lebih tahu...bagi yang kritik kami ambil dari sudut positif maybe mereka ambil berat tentang danish...ialah sekolah adalah penting untuk danish mendapat ilmu, untuk tahun ni kami akan mmengajar danish di rumah dan membelikan buku2 asas pendidikan untuknya..kami tahu apa yang kami buat dan akan buat yang terbaik untuk anak kami.

Hari ini sepatutnya bukan yummie saja bayar yuran sekolah tetapi danish juga perlu bayar yuran sekolahnya hari ini. Kemarin kami datang pergi sekolah danish ingin membayar yuran sekolah danish, kami bawa duit RM400.00 kerana kami meneka pasti yuran tahun ni agak mahal sekit dalam RM3++.++ kerna semualah benda naik :) tetapi yurannya agak mahal diluar bajet kami, terkejut, kecewa,sedih dan kami iktiarkan juga dengan memotong bayaran lain dan berbelanjaan lain tetapi masih tidak mencukupi untuk kami membayarnya walaupun dah potong itu ini masih juga tidak mencukupi kerana banyak lagi harus difikirkan dan kami juga memerlukan lebih duit untuk membuat bayaran lain dan berbelanjaan lain yang memerlukan duit. Soal duit bukan mudah untuk mencarinya dan kami sedar ianya diluar kemampuan kami bila memikirkan keadaan sekarang di malaysia agak tenat dengan kenaikan barang.Awal sudah kami membuat pendaftaran sekolahnya dengan bayaran sebanyak RM100.00 dan nama danish pun sudah tersenarai cuma perlu bayar yuran dan sekolah macam biasa,tetapi bagi kami ianya terlalu luar biasa untuk membuat bayaran sebanyak itu..untuk permulaan persekolahan yang sudah mengeluarkan banyak perbelanjaan membeli barangan persekolahan yummie dan danish sepatutnya tidak kiralah sekolah kerajaan mahupun swasta bayaran haruslah diteliti dengan sewajarnya dengan keadaan ekonomi sekarang yang agak meruncing...kalaulah ianya semudah bagi yang ada duit mungkin ini tiada masalah baginya,bagi kami yang hanya suami berkerja sendiri agak terbeban. Kalaulah dapat membuat pembayaran untuk bulan depan rasanya boleh kami jelaskan tetapi 06.01.2016 adalah tarikh last membuat pembayaran yuran dan jika tidak dapat membuat bayaran maka tempat danish akan diisi oleh murid lain yang lambat berdaftar di sekolah ini dan bayaran pendaftarannya RM100.00 tidak akan dikembalikan.

Kami memilih sekolah tadika swasta cina kerana sistem pendidikannya yang sangat memberangsangkan melalui pengalaman yummie sekolah selama 2  tahun di sana dan sejujurnya kami tidak kisah membayar lebih mahupun tiap-tiap bulan tetapi tidaklah di awal persekolahan dengan jumlah yang agak tinggi berbanding dulu..mengejutkan..dan setelah tahu keadaan tak boleh dipaksa mengikut kemampuan kita waktu ini, kami iktiar mencari sekolah tadika lain yang berhampiran dengan tempat tinggal kami termasuklah area bandar tetapi semuanya penuh dan kami juga sudah bertanya terus dengan jabatan pendidikan,jabatan perpaduan dan jabatan kemas di labuan tetapi semua penuh..aku berpendapat setelah melihat padatnya penduduk warga asing yang tinggal di labuan jikalau warganegara diberi keutamaan kemasukan dulu berbanding warga asing untuk bersekolah rasanya masih ada peluang untuk danish mendapat tempat kerana bersaingan untuk bersekolah agak tinggi dengan jumlah pelajarnya terhad, tak apalah yang penting kami tahu apa yang kami buat, keputusan tidak menyekolahkan danish untuk tahun ini diambil dengan mudah setelah semuanya telah kami iktiarkan dan berfikir dengan rasional, semoga ada hikmah disebalik kejadian ini..sebenarnya aku tahu danish belum bersedia mahu pergi sekolah tidak seperti kaka yummienya dulu yang teruja pergi sekolah..ialah yummie dulu genap 5 tahun manakala danish baru 4 tahun 4 bulan jikalau bersekolah pada hari ini. Aku tahu sebaiknya danish dah boleh bersekolah seperti anak2 yang lain tetapi bila mendengar luahan hati danish padaku airmataku keluar seperti air mata danish yang ketakutan 1 malam danish tidak tidur  dan aku akui danish masih kecil walaupun lahir tahun 2011 tetapi bulannya adalah 8 baru genap 5 tahun masih terlalu kecil untuk dia bersedia belajar, Danish masih belum mengerti apa2, ialah dia anak yang manja dan masih kecil untuk aku memaksanya menjadi budak yang sudah bersedia untuk pergi sekolah..padahal aku tahu danish masih belum bersedia mahu pergi sekolah, puas aku memujuknya dan akhir sekali aku nekad paksakan hatiku dengan membenarkan kakiku melangkah meninggalkannya sendirian di sekolah nanti dan pastinya dia sedih kerna aku tahu dia anak yang manja tetapi bersemangat juang..tetapi nasib menyebelahinya kerana tahun ini dia masih di depan mataku..adakah ini kebetulan? adakah tuhan mengasihaninya? danish banyak kali memberitahu kami dia akan nangis di sekolah.

Semua barang kelengkapan persekolahan danish sudah kami belikan, hati ibu mana yang tak sedih bila danish tak jadi sekolah...danish senyum sampai ketelinga kerana hasratnya tidak mahu ke sekolah kesampaian...hmm...melihat orang lain post gambar anak sebaya danish bersekolah menambahkan pilu di hatiku..ialah sepatutnya danish pun dah pergi sekolah tetapi perancang kita tak selalunya menjadi pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Aku menerimanya dengan redha dan tahu tahun depan kan masih boleh bersekolah..untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi kami akan memilih sekolah tadika kerajaan sahaja kerana ekonomi sekarang sangat membimbangkan dengan harga barangan naik supaya berbelanjaan mengikut kemampuan kami, kami akan menyekolahkan danish di tempat lain dan pendaftarannya untuk tahun 2017 akan di buat awal seperti biasa.

Harapan aku tahun depan danish akan lebih bersedia untuk pergi ke sekolah dan  tiada sebarang masalah lagi dan berharaf dia tidak terlalu banyak berfikir ialah dia kan anak yang manja..bermacam2 pertanyaan dan perkara dia takutkan..sama macam aku kecil dulu takut pergi sekolah, aku akan cuba selesaikan semua permasalahan yang danish fikirkan ialah dia anak aku pastinya aku tahu apa yang bermain difikirannya, dia tanya dimana tandas? dimana nak duduk nanti? kalau ada kawan jahat macam mana? kalau dia tak pandai tulis macam mana? nampak sangat dia takut dan tak sama macam anak orang lain tidak takut pergi sekolah..aku memegang prinsip tidak akan pernah membandingkan anak2ku dengan anak2 orang lain kerana aku ibunya aku lebih tahu kelebihan dan kekurangan anak2ku dan menerimanya dengan senang hati. Nasihat aku pada diriku dan keluargaku bila kita dilanda dengan masalah,musibah dan dugaan...ingatlah diluar sana ada lagi yang lebih hebat mereka sedang hadapi...bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang supaya hidup kita bahagia dan diberkati Allah s.w.t jangan banyak merungut inilah namanya kehidupan selagi kita bernafas selagi itu kita diuji.

YUMMIE TAHUN 3 (2016)

Yummie dah makin membesar di mata mammy, tetapi di hati mammy yummie masih anak kecil mammy. Persiapan barang-barang persekolahan yummie berjalan dengan lanjar alhamdullihlah ...




Yuran persekolahan yummie pun sudah mammy jelaskan tadi alhamdullilah..mengingati kejadian tadi sewaktu membayar yuran sekolah terdapat gst untuk insurans pelajar tetapi tidaklah mewajibkan untuk kita membayarnya, ianya terpulang kepada orang tua pelajar tersebut ingin membeli insurans ataupun tidak perlu, jikalau dulu sewaktu yummie di tahun 1 dan 2  tiada gst dan aku membelinya kerana bagiku ianya sangat bermanfaat dan penting untuk  keselamatan yummie ketika berada di kawasan sekolah kerana yummie waktu tu masih kecil tetapi tahun ni aku tidak membelinya kerana yummie dah boleh berdikari dan tahu menjaga keselamatan dirinya sendiri, semoga anak-anakkku di bawah perlindungan ALLAH S.W.T. jagakan mereka untukku ya allah amin...meliat raut wajah ibu dan bapa pelajar-pelajar yang memdengar penjelasan dari cikgu tentang insurans dan tambahan gst terhadap insurans  tersebut bermacam reaksi wajah ibu dan bapa kebanyakannya tersenyum dan ketawa kecil dalam hati tuhan ja tahu..