ASSALAMMUALAIKUM..

DALAM KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI LEBIH BAIKLAH KITA HIDUP SECARA BERSERDERHANA. JANGAN TERLALU MENGEJAR MASAMU DENGAN MENCARI HARTA DUNIA SEHINGGA LUPA HARTAMU YANG PALING BERNILAI DENGAN MENJAGA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANGI. HARGAI MASA,WAKTU DAN SAAT BERSAMA YANG TERSAYANG KERANA KENANGAN TIDAK DAPAT DIULANG KEMBALI TETAPI MEMORI INDAH YANG KITA LUANGKAN PASTI BERSEMADI DI MINDA YANG TERSAYANG WALAU DI MANA MEREKA BERADA.


Anakku sumber inspirasiku

Pengalaman membesarkan anak-anak adalah kenangan yang sangat menyeronokkan dan membahagiakan aku.Anakku membuatku matang,anakku membuatku bersemangat dan anakku juga membuat keperibadianku menjadi utuh.Aku bermula dari a hingga z belajar dari tak tahu menjadi tahu,anak-anakku aku dan suami yang urus sendiri,kami yang membesarkan mereka di depan mata kami sendiri bagi kami ini adalah harta yang tak ternilai harganya dan sayangnya kami melebihi nyawa kami sendiri.Akanku pikul tanggungjawab untuk menjadi seorang ibu terbaik untuk anak-anakku kerana banyak yang telah mammy belajar dari kehadiran kalian dalam menjalani kehidupan seharian dan mammy sangat--sangat bahagia.
Mammy tak nak terlepas waktu dan saat membesarkan kalian kerana mammy mahu menikmati kenangan bersama kalian dalam proses pembesaran yang sangat mencemburui kita.Dari kamu baby hingga alam kanak-anak mammy sentiasa ada dan setia bersama anak-anak mammy.Mammy tak pernah rasa rendah diri menjadi surirumah tanngga,pendapat mammy selagi suami mampu beri makan,minum dan keperluan itu dah cukup memadai yang penting kebahagian sebuah keluarga bukan terletak pada duit tetapi kasih sayang dan perhatian.Sejujurnya rezeki kami sentiasa ada berkat dari apa yang telah kita buat untuk anak dan percayalah rezeki untuk anak-anak tak pernah putus pasti sentiasa ada bila niat untuk menjaga kurnia dari ALLAH S.W.T dengan sebaik-baiknya.Saya bukan pemalas tak nak pergi berkerja dengan kelulusan spm masih ada peluang untuk berkerja tetapi saya pilih untuk jadi surirumah tangga sepenuh masa dan saya amat menyukai kerja saya di rumah,saya dulu kawin muda dan punya anak pun di usia muda dan dirumahlah saya belajar banyak benda yang membuat saya rasa sempurna jadi seorang wanita sejati,jangan salah faham wanita yang berkerja juga ada kelebihan tersendiri.Dirumah saya boleh berkerja dan jadi macam-macam perkerjaan contohnya awal pagi bangun jadi tukang masak dari tak pandai masak jadi pro memasak kalah chef tahu hehe..pastu hantar anak pergi sekolah aku imaginasi jadi bas sekolah,kemas rumah umpama cleaner,cuci kain umpama dobi,jadi polis bila anak bergaduh kena leraikan,jadi peguam untuk pertahankan berbuatan yang betul dan menegur perkara yang salah kepada anak,jadi hakim untuk memberi hukuman selalunya saya kasih suami sebab saya tak sampai hati nak hukum mereka sebab anak-anak pandai buat muka comel,jadi cikgu saya terpaksa belajar bahasa cina kerana anak saya sekolah cina,jadi nurse ukur suhu demam dan beri ubat,jadi doctor beri rawatan yang perlu terus pada anak contoh cuci luka dan memantau keadaannya,jadi pengurus kewangan untuk anak dan suami,dan yang paling best jadi kawan terbaik anak-anak saya kami bermain bersama-sama sebenarnya banyak tugas seorang surirumah ini baru separuh sahaja tetapi harus diingat bukan anak saja perlu diberi perhatian tetapi suami juga.
Suatu kepuasan pada diriku bila kita dekat dengan anak kita kerana diri kita sendiri sahaja yang lebih tahu apa yang anak kita mahu dan diri kita lebih memahami diri anak kita, anak-anak aku semua susu badan bukan kerana nak jimat tapi dari awal durang di dunia aku dah memberikan susu badan dan tak pernah terpikir nak kasi susu botol dan khasiatnya sangat banyak berbanding susu botol itu yang harus di utamakan lagipun anak-anak kita berhak mendapatkan yang terbaik. Kenangan bersama anak2 mammy dalam proses pembesaran kalian sangat berharga dan mammy tak peduli apa orang nak kata yang penting apa yang ku percaya kenangan tak boleh di beli dengan duit.Anak2 mammy adalah harta yang paling berharga dan bernilai sebab tu mammy tak nak sia-siakan masa bersama kalian kerana kalian cepat membesar dan mammy tak nak ketinggalan detik itu.Rasa berbaloi melihat kalian membesar depan mata mammy.Sekiranya suatu masa nanti bila anak saya dah boleh berdikari saya tak menolak jika saya pergi berkerja kerana saya tahu bila waktu yang sesuai pergi meninggalkan mereka dengan perasaan yang aman. Mammy berdoa setiap hari sebelum tidur Diampunkan dosa mammy,mama dan bapa Mammy,suamiku juga anak2 mammy menjadi anak yang soleh.amin..amin..amin..

Pesanan saya untuk renungan semua ibu bapa di luar sana, sebelum itu bagi pembaca yang tak suka dengan apa yang ingin saya katakan...abaikan saja dan maafkanlah saya handai tersalah cakap..pendapat saya hak saya..sama-sama muhasabahkan diri sebelum terlambat..

BY DJA7455

Ingatlah
pasti akan datang
waktu di mana
kita
ibu dan bapa
serta anak kecil kita
tidak akan selesa
dipeluk,dicium,dipegang
dan sebagainya
kerna
mereka
sudah membesar
meninggalkan zaman kecil mereka
kita
ibu dan bapa
pasti
merindui
saat bersama
ketika mereka masih kecil
jangan
terlalu
sibuk
sehingga
lupa
meluangkan masa bersama
anak kecilmu
rebutlah peluang
bermain bersama
berpelukan erat
dan
nikmatilah masa kecil mereka
sedarlah...
masa cepat berlalu
meninggalkan kita
hargailah dan luangkanlah
masa bersama
anak kecilmu
yang makin membesar..


Mak vs Pembantu Rumah
Mak vs Pembantu RumahMore : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Friday, 8 May 2015
">

Untuk Anak-Anakku

BILA AKU TUA
♡Anakku...
Bila aku tua...
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan...Aku berharap kamu tidak menjerit marah aku....Kerana tenaga orang yang tua semakin tidak kuat dan kerana sakit....Mata semakin kabur... Kamu harus mengerti dan sabar dengan aku...
♡Anakku...
Bila aku tua...
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan....Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku, "mak pekak ke?, mak bisu ke? "atau kata tak dengar ker??...Aku minta maaf anakku...Aku semakin MENUA...
♡Anakku...
Bila aku tua....
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang...Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayan aku... kerana semua itu adalah sebahagian dari process MENUA....Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua....
♡Anakku...
Bila aku tua....
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor....Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku....Dan tidak menjerit suruh aku mandi...Badan aku lemah...Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri..Mandikan aku sepertimana aku mandikan kamu semasa kecil...
💖Anakku...
Bila aku tua....sekira aku sakit...temanlah aku,aku ingin anak berada bersamaku...
♡Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba...Aku berharap kamu akan memegang tangan aku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian..Jangan cemas...jangan menangis...hadapi dengan redha...Aku berjanji pada kamu...Terima kasih banyak kerana mencintai aku
Terima kasih banyak kerana telah menjaga aku....Aku mencintai kamu dengan banyak cinta....

No comments:

Post a Comment