DALAM KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI LEBIH BAIKLAH KITA HIDUP SECARA BERSERDERHANA. JANGAN TERLALU MENGEJAR MASAMU DENGAN MENCARI HARTA DUNIA SEHINGGA LUPA HARTAMU YANG PALING BERNILAI DENGAN MENJAGA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANGI. HARGAI MASA,WAKTU DAN SAAT BERSAMA YANG TERSAYANG KERANA KENANGAN TIDAK DAPAT DIULANG KEMBALI TETAPI MEMORI INDAH YANG KITA LUANGKAN PASTI BERSEMADI DI MINDA YANG TERSAYANG WALAU DI MANA MEREKA BERADA.
Umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan al-mubarak pada Jun 18 2015 Alhamdulillah..Bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Aku berharaf semoga kedatangan puasa pada tahun ini akan menjadikan diriku,suamiku dan anak-anak serta keluargaku menunaikannya dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya amin.. Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam khasnya di Malaysia dan seluruh umat islam di dunia. Disamping berpuasa jangan lupa membayar zakat fitrah nanti. Manakala Tarikh Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 17 Julai 2015 iaitu pada hari Jumaat bersamaan dengan 1 Syawal 1436 Hijrah pada bulan ini.
Seperti biasa kami sekeluarga akan keluar dari wilayah persekutuan labuan ke kota kinabalu untuk membeli belah barangan raya so Raya tahun ini di sambut bersama GST, kerana pada pendapat saya kalau membeli belah di labuan tidak banyak pilihan untuk di beli tetapi kalau berada di kota kinabalu boleh survey dan banyak shopping complex boleh di kunjungi seperti Centre Point,1 Borneo,Suria Sabah,Karamunsing Shopping Centre,Oceanus Waterfront Mall,Imago,City Mall dan banyak lagi yang tersenarai adalah favorite kami bila berada di kk.
Walaupun kerajaan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah bermula secara rasmi pada April 2015 pada kadar enam peratus tetapi tidak menghalang kaum hawa seperti aku untuk shopping hehehe aku tengok sebelum ini sunyi sepi ja shopping complex kat kk ni tetapi bila nak menjelang hari raya meriah betul kat kk dengan lagu raya menemani kita shopping hehehe apapun pesan suami berbelanjalah secara berhikmah bukan ikut nafsu, takut betul encik suami tengok mata aku berkilat dan bercahaya dengan potongan harga memang mengoda patutlah bukan main romantik encik suami pegang tanganlah pegang bahulah kat shopping complex rupnya nak alihkan perhatian aku dari nampak sale sebab semua kedai aku masuki dan aku memilih orangnya sangat cerewet kalau berkenan aku beli tetapi kalau tidak ngam dihati aku akan terus mencari hehehe dalam erti kata survey dulu abangku sayang..untuk anak-anak pun saya akan tanya dulu durang suka kah tak,kalau suka baru beli kalo tak servey lagi,encik suami cakap kakinya nak tercabut sudah hehehe nak ambil hati suami time shopping cuba jangan buat dia penat bawa bercerita dan pastikan anak-anak dalam perhatian kita dan jangan nakal. Tips untuk anak pulak beri anak ganjaran berupa mainan untuk mereka berkelakuan baik. Alhamdullihlah anak saya jenis tak meragam dan tahan lasak macam aku suka jalan-jalan hehehe. Bila keluar dari shopping complex hari yang cerah jadi malam tak sedar hari dah malam hehehehehehe dengan kat dalam shopping complex meriah kat jalan raya pun tak kurang jem juga dengan kenderaan penuh dengan pelbagai jenis. Dan yang menariknya, nampak ada nombor-nombor plet kenderaan baru dan kereta model-model baru menghuni jalanraya uhh hebatnya menjelang raya.
Budaya kunjung-mengunjung tetap meriah saban tahun ketika menyambut hari raya aidilfitri mewujudkan ruang untuk beramah mesra sesama keluarga dan sanak sedara dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan bertanya khabar berita. Keluarga suami seperti adik dan bapa mertuaku akan memasak untuk kawan-kawan, saudara dan jiran terdekat ketika raya ke 2 respect sekali dengan mereka yang buat makan-makan 'open house' untuk hari raya, kerana mereka menghargai dan tak menghalang hubungan kekeluargaan lebih daripada hubungan zaman sekarang penuh dengan kemodenan dan teknologi seperti contoh fb,twitter dan laman sosial lain sebaiknya dengan berkunjung terus ke rumah dapat menjalinkan ikatan sesama manusia secara realiti. Jujur aku katakan kalau setakat datang nak makan itu bukan aku tetapi aku datang kerana niat untuk menjalinkan hubungan silaturrahim .Raya tahun ni persiapan di rumah untuk kuih muih sederhana sahaja, seperti biasa sebelum esoknya raya kami akan pergi tempat rumah mama aku menolong family bergotong royong memasak dan seperti biasa aku akan tolong simpan kuih muih dalam balang kuih teringat time masa kecil dulu kebiasaan kami berebut dengan kakak aku nak susun kuih dalam bekas kuih memang meriah habis dengan lawak dari mama tak terasa penat sampai ke subuh, anak-anak riang bermain bunga api, tepat jam 12 tengah malam sempat kasi kejutan untuk bapa kebetulan 17/07/2015 adalah hari jadinya ke 50. Hari raya pertama dimulai dengan solat sunat hari raya & menziarahi kuburan mak mertua. Raya pertama saudara sebelah suami akan datang beraya so tunggu tetamu la dan bestnya kawan dari kecil sampai sekolah datang rumah tahun ni, ni kali pertama dia Juwini datang rumah..aduhh cereta tak pandai abis-abis hehehe bukan selalu dapat berbual panjang macam ni kalau jumpa pun sekejap so berabislah kami bercerita..kebetulan raya tahun ni jatuh pada hari jumaat so tenggahari suami pergi sembayang petangnya baru pergi ke rumah kedua orang tuaku di sana kami bersalaman dan saling maaf memaafi antara keluarga selepas itu beraya pergi rumah pak cik aku T.Malik,kawan suami dan singgah rumah kawan aku Izah pastu di rumah ja melayan tetamu yg datang.
Raya ke 2 dan seterusnya jangan cakap lah memang agak sibuk dengan jemputan dari saudara mara, jiran, dan kawan-kawan family memang makan dan minum ja kerja, sampai sakit perut di buatnya sebab terlalu banyak minum minuman bergas rasanya..suami punya telifon sentiasa berbunyi dari kawan-kawannya menjemput kami pergi rumah, tak semua dapat kami kunjungi ialah penat raya ni aku tahulah hari raya tapi anak2 aku perlukan rehat juga kadang2 nak tidur siang memang tak ada, balik rumah rehat kejap pastu mandi sambung lagi jalan dan balik tengah malam, tetapi anak2 jugalah paling seronok time raya ni sebab dapat duit raya, kami slow beraya raya ke 5 itu pun jalan sebelah malam ja dan lepak rumah ja layan tetamu datang beraya kat rumah next tunggu rumah terbuka ja hehehe...Ingat pesanan Allah S.W.T, mahu mendapat rahmat Allah, jagalah hubungan dengan Allah S.W.T, dan jagalah hubungan sesama manusia.
Aku belanja sekit gambar raya kami sekeluarga tahun ni tak banyak berselfie sebab nak jaga adab ketika beraya hehehe alhamdulillah, selamat berhari raya semua.