Alhamdullillah...
Genaplah usiaku 28 tahun pada 11.09.2015 syukur kepada-Nya atas rahmat-Mu terima kasih ya Allah kerana pada detik ini Engkau masih memberiku nafas dan kebahagiaan yang tak ternilai harganya. Kebetulan sebelum hari jadiku anak-anakku sakit dan kemudian aku, plan encik suami nak celebrate birthday terpaksa di tangguhkan dan nak beli kek pun tak jadi sebab kami anak beranak tak ada nafsu nak makan macam-macam walaupun sedap. Mula-mula yummie yang sakit pastu danish kemudian aku, semua kerja rumah tergendala dan encik suami lah yang membantu mengantikan tempat aku dia juga menolong memandikan danish. 3 kali pergi klinik ong bawa kami, di rumah dia jadi doctor kami merawat kami time sakit, dah la aku dengan yummie ni memang tak suka makan ubat, kalau danish dia dah biasa makan ubat memang tak banyak kerenah hehe
  | 
| ubat yummie | 
  | 
| ubat danish | 
  | 
| me | 
Sampai lah time harijadiku ni kami masih bersakitan nasib encik suami tak sakit. lucu pun ada geram pun ada hehe..ni jerebu punya pasal la ni...cuaca sangat teruk boleh menganggu kesihatan kita dan anak-anak pastikan cukup minum air yea. Seperti biasa di hari jadiku dah menjadi tabiat anakku yummie ni menyanyikan lagu birthday sambil rakam dan tunjukkan kat aku..sangat istimewa bagiku, danish pun dah pandai nyanyi lagu birthday untuk mammynya sangat comel tapi sayang dah terbuang video danish menyanyi tu..video anak-anak aku simpan dan abadikan kat youtube tu la hadiah paling sweet dari anak-anak aku...mammy sayang yummie dan danish terima kasih. Pasal hadiah pulak aku tak minta apa-apa dah dapat layanan macam permaisuri dari encik suami pun dah sangat mengembirakan aku..layanan baik dan kasih sayang yang di berikan untuk anak-anak dan aku dah mencukupi bagiku. Tetapi suami beli tv hadiah untuk kami semua yeah...anak-anak pun tumpang seronok, simpan kat bilik ganti tv lama
, Hendak bagi hadiah tidak semestinya pada hari jadi, kata encik suami. Kalau encik suami dapat rezeki lebih, dia akan belikan hadiah untuk kami anak beranak. Aku tak kisah hadiah apapun kalau anak-anak turut menikmati hadiah aku lagi aku bertambah gembira. Semoga bertambah luas rezekimu suamiku amin...amin...amin...

 

 
Kalau aku tidaklah mengharafkan sangat hadiah..kalau ada ok kalau tak ada hadiah pun ok, bukan nak hadiah ja time birthday kalau hendak bagi hadiah hari biasa pun aku boleh dapat hehe cukup sekadar mereka ingat sudah cukup memadai bagiku, Jika diberikan ucapan, doa atau kad ianya tetap sama bagiku sudah memadai dan aku hargainya..hanya yang kuingikan hadiah yang paling bermakna dan aku mahukannya adalah cinta, kasih sayang, kebahagiaan dan kesihatan kepada diriku terus berkekalan kerana ALLAH S.W.T. Mudah2an pelukan dan ciuman untuk diriku hingga akhir hayatku amin...Tetapi untuk anak-anak aku cuba mengembirakan mereka di saat hari jadi tiba kerana menjadi kebiasaan kami bila hari jadi atau hari istemewa, kami akan celebrate untuk di jadikan kenangan pada saat itu, beli kek, beli hadiah, masak kat rumah, makan kat luar atau jalan ke kota kinabalu.
Doaku pulak sempena my day ni adalah sama seperti sebelum aku tidur sentiasa berdoa semoga di ampunkan dosaku, dosa kedua ibu dan bapaku, dosa suamiku, jadikanlah anak-anakku menjadi anak yang soleh, diberikan rezeki dan kesihatan serta aku bersyukur dengan kebahagiaku amin...hidup dikelilingi oleh insan yang menyayangiku dan membahagiakanku sangat sempurna bagiku. Harapanku di dalam hatiku yang tak bisa aku ucapkan adalah bila suatu masa nanti bila saat itu tiba kita berganti posisi...sianak menjadi mammy dan babah, aku dan encik suami menjadi uzur kuinginkan anakku menjadi anak yang soleh iaitu sentiasa mendoakan kami agar selamat dunia dan akhirat. Agak keterlaluan atau berlebihan tak harapanku ni pada anak-anak hehe..tak kisahla aku redha saja.
Terima kasih juga kepada family, sahabat dan kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari jadi di laman sosial, terutamanya encik suami tercinta dan anak-anak tersayang yang sentiasa ada bila kuperlukan kalian..aku juga rasa gembira bila dapat memberikan hadiah untuk anakku di hari jadiku, aku membelikan mereka playdoh mengantikan mainan playdoh yang aku buang tempoh hari hehe kelewatan menyambut harijadiku juga tidak menjadi soal bagiku asalkan insan yang kusayangi tetap mengingatinya dan sentiasa mahu mendoakan untukku setiap hariku, pada hari jadiku istemewanya terletak pada anak-anakku kerana hari itu mereka pandai mengambil hatiku. kami calebrate di mcd walaupun masa tu danish sakit tapi tetap nak bawa mammy pergi mcd ohh yea aku pun sakit juga masa tu tapi kugagahi juga turuti anak nak bawa pergi mcd, danish masa tu tak makan pun minum air milo ja sama macam mammynya tak ada nafsu nak makan tapi encik suami paksa juga kami berdua makan bubur dan yummie alhamdullilah dah ok time tu dah berselera makan dia suka makan gcb kalau kat mcd, nampaknya babah dan yummie ja la yang enjoy makan time tu. 
  | 
| Abaikan muka pucat aku | 
  | 
| Bibir pun dah pucat sebab sesak nafas tp aku ok sebab anak2 | 
  | 
| Danish main mata ngan sapa hehe | 
  | 
| Smiley | 
Maafkan aku yea kalau ada pembaca yang sedang baikot mcd, haritu time berlaku keganasaan yang dilakukan israel memang tak pergi mcd nasiblah anakku yummie ni faham tapi danish langsung tak faham dia memang merajuk habis. Bila keadaan dah reda kami pergi bawa anak-anak sebab anak-anak rindu sangat nak makan mcd mereka suka happy meal sebab mainannya, rasa bersalah memang ada dirasa oleh encik suami dan aku tapi kami cuma manusia biasa tak sempurna tapi colgate dan kotex kami tak beli dah. Pendapat aku tak semua barangan israel kita dapat baikot sebab kita kena gunakan juga...
tak ada hadiah yang lebih membahagiakan aku selain dari anak-anakku...
 
No comments:
Post a Comment