ASSALAMMUALAIKUM..

DALAM KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI LEBIH BAIKLAH KITA HIDUP SECARA BERSERDERHANA. JANGAN TERLALU MENGEJAR MASAMU DENGAN MENCARI HARTA DUNIA SEHINGGA LUPA HARTAMU YANG PALING BERNILAI DENGAN MENJAGA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANGI. HARGAI MASA,WAKTU DAN SAAT BERSAMA YANG TERSAYANG KERANA KENANGAN TIDAK DAPAT DIULANG KEMBALI TETAPI MEMORI INDAH YANG KITA LUANGKAN PASTI BERSEMADI DI MINDA YANG TERSAYANG WALAU DI MANA MEREKA BERADA.


Pengalaman first time bergelar mammy

Kalau di imbas balik kenangan sewaktu mengandungkan anakku2 ada manis dan pahitnya,anaku yang pertama sewaktu menggandungkannya sangat mencabar kerana aku mengalami morning sickness yang teruk,aku tak boleh cium bawang, makan makanan yang ada bawang, aku takut nak makan&minum sebab aku akan muntah walaupun tiada makanan dalam perut aku akan muntah air,pengsan banyak kali dirumah dan di bandar, time beli barang kat kedai tiba-tiba pengsan dan bila sedar aku siap tanya kenapa sebab aku tak tahu apa yang sedang berlaku, juga ketika pergi klinik cek kandungan pengan juga,dan aku sangat pucat sampai 4 kali keluar masuk wad akibat kekurangan air dan muntah2 sampai keluar darah hingga ketikanya yummie hampir di cuci kerana aku tumpah darah tetapi nasib menyebelahi kami bila di scan yummie masih ada walaupun sekecil anak ayam kata nurse tu,ketawa aku mendengarnya dan lega walaupun pada asalnya sangat takut masa tu.

Suami sangat simpati dengan keadaanku ketika itu.Anak ke2 tak ada sebarang masalah ketika mengandungkannya,aku lebih kuat berbanding ketika mengandungkan yang pertama.Kali pertama mengandung yummie aku rasa agak lemah dan sensetif tapi bukanlah di buat2 memamg lahiriahnya macam tu hehehe untuk anak ke2 aku lebih berdikari kerana dah ada pengalaman sebelumnya dan alhamdullihlaah aku tidak mengalami morning sickness untuk kandungan yang ke2. Ketika melahirkan yummie takut itu dah tiada hilang entah kemana yang ada cumalah kesakitan tahap maksimum,rasa nak tercabut pinggang.Aku cuma mampu cakap sakit...sakit..sakit dalam keadaan yang sangat tak berdaya.Aku tak ada pengalaman nak tunggu berapa cm so aku yang kesakitan cuba nak kasi keluar yummie,nurse nasihat belum lagi nanti ko tak ada tenaga tapi aku tak boleh tahan sakit betul macam yummie tak sabar2 nak keluar hehehe.dan malam tu juga menatap wajah bayi perempuanku seperti tak percaya aku dah jadi mama,masa tu aku masih muda..lama aku renung wajah anakku,pastu nampak macam masih ada darah kat muka dan kepalanya,dengan spontan aku mengambil kapas lalu lap2 kat kotoran sehingga bersih..Menyusukannya Pertama kali membuat aku tenang,lebat rambutnya,berdiri lagi rambutnya macam goku.Aku sangat menyukai cantoon Dragon ball hehe..aku dan suami tak tanya jantina anak semasa mengandung kerana Kami berpendapat apa ja yang lahir kami terima,perempuan ke lelaki ke,semoga selamat itu saja. Waktu dalam perut,yummie sangat aktif menendang.Memang tak selesa,ada juga kami meneka baby boy kerana keaktifannya semasa dalam perut.

No comments:

Post a Comment