ASSALAMMUALAIKUM..

DALAM KEHIDUPAN DI MUKA BUMI INI LEBIH BAIKLAH KITA HIDUP SECARA BERSERDERHANA. JANGAN TERLALU MENGEJAR MASAMU DENGAN MENCARI HARTA DUNIA SEHINGGA LUPA HARTAMU YANG PALING BERNILAI DENGAN MENJAGA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANGI. HARGAI MASA,WAKTU DAN SAAT BERSAMA YANG TERSAYANG KERANA KENANGAN TIDAK DAPAT DIULANG KEMBALI TETAPI MEMORI INDAH YANG KITA LUANGKAN PASTI BERSEMADI DI MINDA YANG TERSAYANG WALAU DI MANA MEREKA BERADA.


SUKA DAN DUKA

Suka bila kami menerima kehadiran chibi dalam keluarga kami, chibi ialah seekor anak kucing yang sangat aktif dan nakal. Sebenarnya sudah agak lama yummie dan danish nak membela kucing, tetapi banyak faktor yang harus difikirkan contohnya makan,minum,mandi,sakit,kasih sayang dan sebagainya kena dititik beratkan umpama tanggungjawab yang harus dipikul bila kita menjaganya kerana bagiku bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi lebih kepada hubungan dan ikatan yang terjalin antara mahluk ciptaan tuhan.Tugas itu anak-anak yang akan buat secara berlahan-lahan kalau yummie dah banyak pengalaman tapi danish masih banyak yang kena belajar, aku akan bantu anak-anak aku menjaga chibi sebaik baiknya.

Duka terjadi bila insan yang kita kenali pergi meninggalkan kita untuk selamanya, sepupuku yang masih muda telah menghadap ilahi pada 16.10.2015 Al fatihah buat arwah Md Hafizi kepada pembaca marilah bersama-sama mendoakan arwah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman amin..

No comments:

Post a Comment